Thursday, April 25, 2013

BIG DAY / 30.03.13


30.01.13
Ainn & Khairi

Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Dari persiapan sampai tiba hari majlis semua berjalan dengan lancar. Btw, syukur alhamdulillah sebab dari mula kami kenal sampai ke big day kami, semua 'step' perhubungan kami berjalan dengan ok. Sape sangka dengan tempoh perkenalan kami yang singkat ni dah bawak kami ke alam ni. syukur sangat semua urusan kami semua dipermudahkan. 

Dalam wedding kami ni, kami pilih semua yang simple and jadikan semua benda mudah and simple. masing2 pun taknak pening kepala kan. Yerla, benda paling 'besar' dalam hidup ni bukan boleh buat main2 and for sure mesti nak yang terbaik kan. Sebabkan kami ni agak sempoi, so takde masalah dalam ape pun perancangan majlis kami. Semua berjalan macam apa yang kami rancang. syukur jugak sebab family pun tak pernah halang apa yang kami rancang tuk majlis kami ni. 100% takde masuk campur tangan dari mane2 pihak and dalam mase yang same lega sebab semua jadi mudah. apa yang wajib didahulukan. yang tak penting tu kami pikir 2 3 kali dulu. hehe. 
















































































Friday, April 5, 2013

ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah. majlis haritu berjalan lancar. syukur.
thanks kawan2 yg datang dari jauh, saudara mara, jiran2 dan semua yang mengenali sebab bersusah payah menghadiri dari jauh and memeriahkan majlis yang tak seberapa.
terlebih terkurang harap di maafi.
just a few pic yg ade lam tangan. ni jer yg boleh share sebab now kat Dublin. honeymoon sangat la kan. hehehe.... 

kualiti pic bad sikit. sebab update via fon jer. hehe... 
dah balik malaysia nanti baru update yg ok2 sikit... hehe...















Tuesday, March 12, 2013

MUSIM


Bismillah. haaa. semenjak dua ni badan dah berat nak update blog. hehe.
takpe la, kali ni rojak jer. campur jer semua2 gambar. hehe





btw, ni pic disember haritu. ni pic mase eya my couz nikah. btw, die nikah dulu and majlis lansung bulan 2 haritu. suke mini pelamin ni. simple n cute. black backdrop and play with the lighting and crystal.


 posing2 with adib, man n poted. my lil bro.


 pffftttt


aku tak paham kenapa anak ayam sekor ni main2 dalam rumah. peramah budaknye. haha


 aktiviti selepas majlis nikah eya. malam gerak gi lumut. mancing sangat katenyer.
besaq gila ikan gelama ni. haha


 btw, ni tangan poted. nak harap aku pegang memang tak la. gelis!



btw, time ni memang sangat kebetulan. kebetulan yong memang nak datang lepak umah aku sebab dia ade kursus kat taiping, mase yang same man lias pun dari penang ade kerje kat sane and datang singgah taiping.
so, ape lagi, keluar jalan2 penang la. kat taiping tak tau nak pegi mane. hehe. so, pi HRC jap bawak diorang.


The Best Beriani In Penang.


kan dah cakap. licin baq hang!

 bff sangat ni! dari sekolah hingus2


with my couz. kak na. bakal nurse. hehe. mase ni majlis kawin sepupu abah kat taiping.


with faris anak sepupu.


 bulan 2 haritu baru majlis sanding diorang. tapi malam tu majlis nikah ana adik kepada eya.
so majlis haritu ade 2 perantin lerrr.


 faris lagi. jumpe lagi faris kat bota pulak. hehe


 abaikan.



mase ni nak pegi jemput alip kat penang kalau tak silap. 
btw, jersey ni my fiance bagi mase first date kiteorang. hehe

ahaaaa. mane sesat pic ni. same pulak ngan eya. hehe



 with Miss Nina. mase ni balik bahau jap.


 Wed kak Nini kat dewan majlis Bahau. sedang elok time ni aku balik nak menjemput and edar kad untuk majlis aku nanti.



bff. emy, nina, n pausi. yang pausi dukung tu kimie. anak emy.


with mira awek adib. merah makngah.


 ok. time ni nak balik dah ke perak. last kat umah bff mama. ni baby along aida, putra.
sangat dobot ini budak. hehe


 pic sebelum pegi kenduri razi kat kuala kangsar.


btw, razi ni bff mase kat BSN dulu. duduk n9. tapi disebabkan umah perempuan dekat kuale yang dekat ngan taiping ni, so aku pegi kuale jerla. tak larat dah kot nak pegi n9 lagi. hehe.
Tahniah razi.


*p/s: orang2 terdekat semua dah kahwin. pasni my turn. and pasni ramai lagi kawan2 yang menyusul. sampai  la hujung tahun ni. hehe. MUSIM niiiiii. hehehe



Wednesday, March 6, 2013

SAVE THE DATE


30.03.13
semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan
kepada kawan kawan yang mengenali dijemput hadir bagi memeriahkan majlis
yang nak kad sampai rumah tu pm i ok!










Sunday, December 9, 2012

LETTER FOR YOU







Dear Husband,


I just wanted to remind u that u are such an amazing person. u are an amazing man, amazing friend, amazing son, amazing brother, amazing uncle, and i wish someday u will be an amazing dad. Thanks for being by my side when i need  u and patiently listening to my pot pet pot pet. 
Sometime i dont know the right things to say when u're down but i hope u see that i try my best. Please dont ever lose faith because i know u can get through anything life every throwhs at u. U will always have me by ur side and i will always be eager to hold ur hand through it all. InsyaAllah. Be happy, strong, and be U because i enjoy every bit of it. 
U are my strength and weakness, my joy and headache but i am so thankful and glad that every morning i wake up and think about u and every night i dream about u. Thank u for the love and the joy u bring. I just want u to know how happy am i to have u in my life and thanks Allah for that. 

with love,

Ainn Mustafar




WONDERFUL 2012






Assalamualaikum. Aku rasa lama gila aku tak update blog yang memerlukan aku membebel agak meleret-leret. Yang penuh pun dengan gambar gambar yang kadang kadang without caption yang walaupun gambar tu sepatutnya full with 1001 cerita. feeling2 instagram gitu. setiap gambar ada cerita. pfffftt. 

Sebenarnya, banyak sangat benda yang best2 aku nak share lam blog aku ni. tapi kadang2 bila nak update, aku pikir 10 kali. takut tersalah cakap, and takut orang tersalah anggap and takut melebihi level privacy aku yang tak sepatutnya aku cerita kat public.

Ade lagi yang taktau aku dah tinggalkan Bahau tu. tak lama pun. lepas raya aku pindah. 8hb september aku sampai Taiping. kira dah 4 bulan jugak aku duduk kat Taiping ni. Ya Allah, tuhan jer tau macam mana happynya aku bila kami semua amik keputusan pindah Taiping balik. banyak sangat sebab yang buat aku happy. tapi sebab sebabnya tu aku taknak la cerita kan. hehe. 

Bila dah pindah tu, aku amik keputusan nak mula sesuatu yang baru. Syukur Alhamdulillah, Allah tu maha mendengar. Dalam masa 4 bulan ni sepanjang aku kat Taiping ni, aku lalui hari2 dengan sangat seronok. 4 bulan yang sangat happy dalam hidup aku. apa yang jadi dalam tempoh 4 bulan ni, bia aku dan sekutu jer yang tau. Syukur, sekurang2nya, Allah bagi aku rasa nikmat seronok tu walaupun kita taktau sampai bila kita dapat rasa nikmat tu. Rahsia Allah kan tu. Aku bersyukur sangat. Walaupun dugaan dalam hidup tu tetap ada, alhamdulillah aku dapat harung semua. just sekarang aku amik positive walaupun dugaan yang datang tu terkesan and terbeban kat bahu. senyum and take it easy. tak payah pening kepala sebab semua ada jalan penyelesaian even susah and senang. kalau takde dugaan tu, tak best pulak hidup ni kan. tak colourful. cewahhh. hehe. 

Dah hujung tahun ni, rasa macam cepat sangat masa berlalu. Syukur sangat sebab sepanjang tahun ni aku berjaya berhijrah kepada sesuatu yang baik. Baik bagi aku belum tentu baik di mata orang lain. so, aku buat apa yang aku rasa baik bagi aku and family aku. asalkan tak bagi kesan negative kat orang lain. tapi aku tak boleh cakap la aku tak bagi kesan negative kat orang lain 100% sebab hati orang kita tak tau kan. 

Baru baru ni aku dah jadi tunangan orang. seriously, aku macam tak percaya and tak pernah terfikir pun akan ada ikatan dengan sesiapa dalam masa terdekat ni. Tapi Allah dah bukak mata aku and hati aku. Syukur Ahamdulillah. 27th october dirisik and 2 disember dah bertunang. what a wonderful moment! hehehe. next step pun tak lama lagi. kejap jer. semoga urusan kami dipermudahkan. Amin. 

so, lepas ni aku taknak pening kepala dengan urusan lain, aku nak fokus  untuk next step. macam2 urusan nak siapkan. selagi tak selesai, selagi tu lah malam tidur tak lena. hehe. dah tentu nak semua perfect kan. tapi nak dapat 100% perfect tu susah la. at least buat la yang terbaik. InsyaAllah. semoga semua urusan berjalan lancar and di permudahkan. Amin....