Tuesday, November 29, 2011

TAHNIAH uolls



btw, congratulation tu akak Farah Husna & Wan.
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
sama cantik, sama padan.
i just sempat snap sikit jer photo.
lepas ni dapat baby comel cepat2 ok.
Amin.....


hantaran dari pihak perempuan
yg lelaki tak sempat snap








wahwahwah



sepadan kan.



salin baju




bawah ni Majlis Pertunangan sepupu aku
Anis & Fendi
semoga berkekalan & cepat2 lah naik pelamin ok
Amin....



tetamu2. belakang tu mini pelamin



ni la Anis



Fendi(tunang Anis) , Anis , Achik, Apis



*tak banyak pic sebab frust flash rosak. otw cari flash baru coz next week my kezen tunang at PERAk! balik kampung la teman -_-!



Sunday, November 27, 2011

HATI



jaja cerita sana sini, indahnya diri.
padahal, empunya diri yang makan hati.
mengaibkan orang sana sini, sama macam menzalimi diri sendiri.
tanyalah hati, bahagiakah diri?
ambillah cermin dan pelihara hati, supaya kelak lebih di hormati.
semua lihat penuh benci. sebab hati tak pernah suci.
dalam diri penuh hasad dengki.
jenguk sana, jenguk sini nak lihat apa terjadi. selagi tak puas hati, selagi tu lah mencari.
kenapa lah wahai hati? sebab penuh iri hati.
tersentuh wahai hati? sebab terasa tidak di hargai?
jangan lah begitu empunya diri, kelak nanti tidak di sayangi.
perbuatan sendiri memakan diri, padahal yang lain bersuka hati.
damailah engkau wahai hati, supaya terasa dunia lebih bererti.
cuba berdiri di kaki sendiri, untuk pertahankan diri sendiri,
jangan engkau caci maki, sebab itu peribadi diri.
satu hari mungkin terjadi, engkau pulak mula di benci.
menangis berhari-hari. merana atas perbuatan sendiri.
hidup mungkin tak lagi bererti.


-_-!


*may have a blessed. Amin.......



Tuesday, November 8, 2011

Fabio, Rafael, Ji Sung



tak tau yang mana satu pemilik nama
mana2 pun boleh je
-_-!





Monday, October 24, 2011

NANI pregnant -_-!



yess! Nani bunting. kadang-kadang aku kesian tengok dia.
macam seksa jer bawak perut. dia dah la kecik. macam budak sekolah preggy pun ada. LoL
dah lah ekor dia dah mati. lumpuh kot. maybe gaduh or jatuh pokok ke apa.
so, tengah tunggu hari jerni. hope baby dia ada kaler oren idaman aku.
bapak dia kaler putih. kucing aku putih yang nama glamer dia Rooney tu yang buat dia bunting. haha.

Pasni baby dia yang keluar aku nak letak nama-nama pemain Man U !
pfffftt -_-!






*p/s: whatever it is, MU kene tibai 6-1 pun, GGMU tetap di hati. phewwww !




Sunday, October 9, 2011

BULAN

Subhanallah. indahnya malam ni bagi aku. 9/10/11
bulan ni sangat cantik
jelas. terang. lingkaran bulat menghiasi
photo ni aku snap betul-betul kat luar rumah malam ni tadi
kualiti kurang memuaskan sebab aku seram nak snap sorang-sorang kat luar rumah tadi
so, aku tangkap muat jerla ok
but the big circle still clear right

setiap kali tengok bulan, aku akan teringat this verse.

" Jauh mana pun kita, kita tetap pandang bulan yang sama "

kalau rindu kat aku, pliss tengok bulan ok! pffftt -_-!







btw, pic bawah ni aku copy dari Mr. Sultan Fernando
tak sabar pulak aku gedik-gedik suruh dia upload
pastu aku copy. tak malu kan. haha
nice kan !
thanks for sharing ya!




p/s: ingat, sesiapa yang rindu aku tu, pliss tengok bulan -_-!


Thursday, September 29, 2011

ORANG KEDAI


hari hari mesti nak pegi kedai. kedai runcit. kedai makan. seaneka kedai kan. hari hari jumpe orang kedai. kedai kecik, kedai besar.

wahai orang kedai, tolong la bermanis muka duduk depan kedai tu. pantang tok nek aku kalau pergi mana mana kedai, supermarket ke, hypermarket ke, kedai makan ke, kalau depa duk buat muka mintak siku. spoil mood jadinya.

paling meluat la kalau pergi kedai makan, orang yang amik order atau pelayan kedai tu muka takda nak senyum or layan tak layan pelanggan ni. bukan nak suruh tolong tarik kerusi bagai ke. apa salahnya sekadar bagi senyuman manis ke sambil bercakap ngan pelanggan. nak pakai kudrat lembu jantan ke kalau senyum ni? tak senyum ok lagi. ade yang tak senyum lepas tu selit selit muka masam taik kucing pulak, lepas tu cakap agak kasar pulak kan. kalau yer pun mood tak elok, jangan la nak show off sangat depan pelanggan. aku yang sebagai pelanggan ni memang benci berdepan ngan orang macam ni kalau pergi kedai makan. silap silap aku angkat kaki and blah dari kedai tu. pastu memang aku tak kuasa dah la nak pergi situ lagi. kan dah hilang pelanggan. rezeki pun susah nak masuk macam tu wahai orang kedai.

sama macam akak2 and abang2 kaunter ni. tolong la senyum. aku selalu sangat jumpa yang muka nak mintak siku ni. muka masam2, wat muka belagak, senyum memang tak la, cakap pun nak tak nak kan. jap lagi aku pulak yang buat muka camtu kat diorang. ape ni, susah sangat ke nak senyum. geram betol aku tengok orang macam ni. lepas tu kalau jumpe yang buat keje hentak hentak and baling baling barang. ade satu kes ni, memang aku geram la. masa tu aku beli barang dapur penuh la satu troli. yerla, aku angkat la barang2 tu semua keluar dari troli. then, dia pun wat la keje die scan2 sumer tu. pastu dah scan main baling2 lak barang tu sumer lam plastik. berdentum dentum. muka pait je. mengamuk amende tah agaknye. wahhh! ni dah lebih. barang2 ni kita beli pun bukan pakai duit dia. agak biadap la kan. mujur la aku ni baik, kalau tak memang aku sumbat kaki jer kat mulut die. (padahal lam hati dah maki hamun dah ni) geram sangat berdepan ngan orang camni.

kepada orang orang kedai, tolong la jaga perilaku anda. muka masam2 nanti orang pun takut nak masuk kedai tu. periuk nasi korang kat situ kan. buat kerja tu ikhlas la sikit. kat situlah rezeki and punca pendapatan korang. barulah rezeki tu diberkati. insyaAllah



contoh akak kaunter. pffftt -_-!




Wednesday, September 28, 2011

T__T




Its hard when i saw he's being skinny, hands none stop shaking, unkempt, wear a grimy shirt, wear a torn pants and being a person that i ever never seen before.

It was hard, sad n truly make me disapointed 

T___T