Thursday, February 9, 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


*p/s: nak amalkan lah. hehehe. sumber: copy n paste jer :p




Wednesday, February 8, 2012

BARU



Assalamualaikum. Alhamdulillah. aku bersyukur sangat di beri peluang untuk memperbaiki diri aku walaupun terlampau banyak lagi kekurangan dan keburukan yang perlu aku baiki dan perbetulkan. MasyaAllah, i have a great support from my big family dan kawan-kawan. This is not about NEW IMAGE. apa yang aku nak tegaskan di sini, aku cuba perbaiki akhlak dan peribadi sebagai seorang perempuan Islam/muslim. Sesungguhnya aku terasa sangat jahil dan kecil di sisi Nya. aku mohon di beri kekuatan Iman yang tak ternilai supaya semoga satu hari nanti aku tak mudah tersasar dari akidah dan hanyut dalam kehidupan duniawi yang boleh melalaikan aku. Amin Ya Rabbal alamin.









*p/s: thanks to sepupu saya, Eya for shoot this image



Tuesday, January 31, 2012

50th MAMA


btw, today, 31st Jan is my mom birthday yang ke 50 tahun. so, anak beranak ni just potong kek jer bila masuk kul 12 tgh malam. malam tu aku n adik2 jer keluar pegi beli kek n beli satay. jauh kemain order satay sampai ke jalan pantai tu. hehe. lewat malam sikit baru balik. tu pun mama tak perasan kot ada kek. tapi mesti dia tau tiap2 taon mesti ada kek. hehe. walaupun abah, yong n alip takde, ok la aku, adib, man, potet n pausi ada memeriahkan. yang lain2 jaoh nak wat camner. tak lupa jugak mama dapat hadiah dari yong yang jauh di sana. yong bank in duit, aku tolong belikan. hehe

selamat ulang tahun mama setengah abad 50th
panjang berjela caption kan. hehe
akak tu tulis tak nampak sangat. haha

ok mama! make a wish!


kami syg mama


anak mama berdua ni jerla ada
yang lain2 jaoh kemain


biasa la, time cmni ramai yang send mesej kan. hehe


walaupun yang laen2 takde, ade jugak yg laen2 ni. hehehe


thanks man, potet, pausi sebab join
thanks to pausi too sebab sumbang beli kek. hehe


50 maintain lagi. aku sok tah cmne la. haha




Semoga mama panjang umur, murah rezeki, dan hidup di berkati Allah
dah semoga kami sekeluarga, saudara mara dan juga sahabat hidup aman dan bahagia
Amin....



*p/s: hope 1 family dapat berkumpul ramai2 tahun depan tuk sambut birthday mama. hehehe



Sunday, January 29, 2012

PUNCA KETENANGAN


Alhamdulillah. sekarang aku dah agak tenang dan aman. sebab kurang sedikit gangguan. senang dah boleh blocked call. senang jer, download jerla Call Blocker ni(blackberry). banyak jugak if tak silap aku Application macam ni. kira macam number tu dah tak boleh call kiter lagi. bila dia call jer, bunyi dia macam kite reject call dia. bunyi sekali then terus tak pat dah. so, tak perlu rimas2 macam nak baling fon bila no yang tak di ingini call kite. yang special nye, call blocker ni kita boleh letak apa2 no yang kita tak suke ok. kalau tak nak sesape call kite lansung (pengguna bb) lagi senang, pergi kat set ringtone then dekat Do Not Disturb tu choose la YES! lagi senang. semua number tak boleh masuk. hehe. tapi susah pulak macam tu kan. Btw, kite still akan tau sape yang call kite. kire dia show mende tu macam misscall sahaje. tapi, sayangnya mesej2 still boleh masuk macam biase. tapi ok la, mesej tu kita boleh delete jer if tanak baca kan. hehehe


ni la application blocker ni
ada blacklist sumer :)


ada antara yang dah kene block dalam tu.
dia akan show sama seperti no Misscall di atas.
biasa no pelik2 memang aku tak angkat.
sesiapa nak call aku biasa dia mesej dulu :)



*p/s: gigih mencari message blocker pulak. hehehe


Wednesday, January 25, 2012

MEMANCING di Undertaker (kuboq cina)


haiyoo. agak lama pic nih terperap lam folder. harini baru nak post pasal aktiviti kami adik beradik. memancing pulak. mula2 virus ni aku tak tau sape yang dapat dulu.
kira tiap2 minggu diorang memancing ni. abang aku tiap2 minggu balik rumah sebab nak gi mancing ni. aku mula2 dulu serabut gila bila diorang boleh habis duit and masa kat situ. dengan semak buat umpan kat umah la. buat umpan kemain. macam2 bau ade. aku pantang betol bau pelik2 ni. pening jap gi. hehe. lama2 aku dah lali jugak. penyudahnye, aku pun ikut terjebak mancing. mula2 ikut jer sebab bosan kan, lama2 cube mancing, dah pandai tarik ikan, mule la suke feel die tu. setakat patin 8kg tuh dah lepas la aku bawak naik. haha. patot la diorang suke sangat. puas!
mancing kolam jer pun. main bayar jam. pastu ikan tolak balik. ade rezeki ade jugak yang kene jackport. for fun! mula2 ingat macam buang masa, tapi bila menunggu ikan nak naik tu, takde la rasa lama sangat. kejap jer masa. pejam celik dah dekat 4 5 jam. heh!
tapi now dah malas ikut lah sampai tengah malam. hehe

so, lokasi kolam kat Kolam Undertaker Bahau.

mengadap kaunter


feeling2 tunggu kononnye


nice view right? tu belakang tu kuboq cina. toknek dok melambai2 ja kat anak cucu ni.
haha

hah! ni ujang. tauke kantin kat kolam


abang paulina ni menempel jer. same la macam saye. haha


tak bleh bla ingat time ni.
7 jam tunggu, baru dapat sekor. baraiii!


abang ijat dibantu my big bro. alep


suke angattt eyhhhh


hilman


tarik alep!


nampak tak suke kemain. kalau rentung muncung! haha


dak ucukk! lin! anak ujang di atas. dia lagi slumber tarik naek ikan 9 kg.
baru darjah 1. kat bawah aku buh video die ok


adib dibantu alip


adib. hahaha




sila click link di bawah. style alin ni tarik ikan.
baru darjah satu. kalau tengok depan2, kecik sangat budak ni.
video ni aku yang record tau. hehehe







*p/s: maaf, my pic takde post. pic byk, tp mase ni i still free hair. paham,2 la yer :p


Tuesday, January 24, 2012

sePETANG yang BOSAN



btw, selasa semalam hari2 bosan kami berempat
biasanya, kami keluar malam2. malas nak kuar panas2 ni
tiba2 jer Pausi ajak minum cendol
tapi malangnya habis, layan ABC jerla
n layan sup mamak blakang RHB bank bahau ni. hehe
blurr giler biler abang amek order tu muke nak ganas jer amek order
taiko kot. hehe.
plan punye plan, cadang lepas kene ABC nak pekena Mee Kari kat Kotashah tu
tutup pulak.
taktau nak pegi mana dah, abis pusing 1 pekan bahau dah jalan2.
lama tak jenguk kot. bapak bosan. hehe
yerla, masing2 nak tinggalkan Bahau kot. haha

then, sambung makan pulak kat Marybrown sambil layan atas buai
mula buat prangai anak2 dara tak laku ni. haha
lepas tu sambung minum kedai Nina pulak
balik rumah semua stim jer. hehehe







btw, lama tak kuar mcm ni ngan kawan2
masing2 dah ada hal sendiri kan
ni kira ok la bujang lagi
kalau dah kawin tah la, xoxo kat fb jerla kot
tak pun BBM. hehehe


*p/s: kualiti gambar hampeh sebab use BB. hehe


Friday, January 20, 2012

BELUM PASTI by TONAWARNA



btw, i love this song damn much
banyak maksud tersirat
and kata2 semangat
sebelum tidur memang feeling2 jer layan
hehe

Mel, u got a nice voice
walaupun otak u senget :p

sila click di bawah:

TONAWARNA FAN PAGE(FB)

BELUM PASTI by TONAWARNA(youtube)




Dan aku ingin kau selalu ada,
di setiap detik dan ketika,
hadirmu ku inginkan,
ku kan berjanji. kan menyayangimu,
hingga hujung nyawaku,
dan aku ingin kau selalu tahu,
apa yang ku mahu oh dari mu,
dirimu ku idamkan,
ku kan berjanji, kan mencintaimu,
hingga hujung nyawaku,
andaiku pergi dulu sebelummu,
simpan semua kisah dahulu yang kita ciptakan,
oh tuhan ku mohon berkat darimu,
agar hubunganku kan selalu di panjangkan,
yang pasti hanya,
hari esok. belum pasti !

SONG BY : MEL
LYRICS BY : MEL






*p/s: siyessss! lagi best kalau Mel voice note kat BBM >.