Wednesday, June 20, 2012

what a TIRED

What a tired day. tired angattt. sebab tak cukup tido. sibuk tengok bola. ala, kadang kadang terkandas jugak. bola tengok me katanya. hehe. konon semalam deal ngan boss nak meet kul 9. last2 kul 11 baru meet. haha. yerla, nak drive jumpa bos jer dah sejam lebih. nasib la pasni jumpa bos seminggu sekali. agak2 macam tak terkejar pulak. mana sume keje nak hadap orang pasni. mana nak stand by on call lagi. so far maybe ok kot sebab sebelum ni dah biasa. just kali ni wat dua kerja dalam 1 masa. tapi takda masalah kot sebab dua kerja ni still berdepan dengan orang. marketing lah katakan. uwaaaa. i need some rest. kalau boleh nak sangat bercuti sebelum puasa ni. penat. penat ke hulu ke hilir sebenarnya. travel duk lam kete. drive sorang2. kena time mengantuk memang syok la sangat kan. jaohkan lah dari segala malapetaka. amin. penat mengadap pc pun satu hal. editing, marketing. sebenarnya, memang lari dari bidang apa yang aku buat and dengan apa yang aku penah belajar dulu. dulu sibuk jer belajar computer and support. main software, hardware, bukak pc, godek hard disk, cabut motherboard, networking, system sumer. dulu poyo ajar adik camne cara nak format pc, ajar dia hardware, networking, sekarang dia pulak yang ajar kita. btw, computer is basic, apa yang tak faham semua kita boleh dapat kalau rajin membaca, menggodek dan mencari info2. tapi, sekarang semua dah update, tak macam dulu, processer pun dah macam2 bunyi, yang motherboard pun dah macam2 soket pulak, kalau nak cerita memang tak habis la segala komponen tu. hehe. tapi, apa yang pasti memang semua cepat sangat berubah. kadang2 kalau rasa nak upgrade pc ke ape, pikir dua kali sebab nanti2 dah keluar barang baru pulak. arghhhhh. banyak benda dah ketinggalan sbenarnya. dulu cita2 nak bukak kedai computer. tapi sekarang dah lain. skang citer2 tu dah adik pulak yang pegang. hehe. insyaAllah. jom usaha dulu kumpul duit. yerla, kene keje lebih sikit la, bukannya datang dari orang senang sangat. just apa yang termampu jer. dulu masa kecik2 dah rasa hidup susah. tapi, nak idung senang ni bukan senang. nak kena menangis, jatuh, lemas sumer baru leh capai ape yang kita nak tu. tambah2 lagi belajar pun tak berapa tinggi. tapi, for me, duit tu boleh cari as long kita rajin usaha. rezeki kan. rezeki ada di mana2 and rezeki masing2 kan.


rilex2 jer opis kat umah. kan serabut.

semalam, lepas pergi ofis, lepak ngan budak2 bank BSN semban. so far, skang tak pernah la lagi terputus hubungan dengan diorang. selalu gak jumpe2 lepak2 karaoke ke ape kan. rindu. diorang baek sangat. layan me macam adik. sebab lam ramai2 me paling mude. hehe. terasa macam nak post pulak pic member2 BSN dulu yang me agak rapat sampai skang. hehe

pic ni mase duk xoxo ngan kak lia. 
thanks la adam tlg snap. haha
kak lia di bawah. hehe

 kak lia. my syster. comel. awet mude gitu. 
umur 44 but still macam anak dara gitu. hehe
akak lia byk sgt tolong ajar me camne wat sale ni.
thanks akak, best giler smalam lepak ngan kak lia semalam. mcm x mor lepas je. hehe

 oh. ni mel. dulu bsn bahau. now dah seremban.
still contact via bbm. hehe

 hah! ni buah hati. buat gadoh sumer ni diorang la.
dulu kalau nak cek angkasa je lari kat table diorang. pastu buli me. hehe
memang terasa agak close ngan diorg. sebab selalu share macam2.
suke makan same2, karoke.
baru2 ritu ade gak lepak ngan razi. pian jer lame tak jumpe :(

 abg botak is abg hisham den. haish. syg bona kek dio ni.
baek sgt hati eh. tak berkiro. tang dio yo den speaking nogori. 
sobab nogori dio ni pokek sikit. haha


 eh abg Zali. dulu slalu kene buli.
sampai me slalu pgil abg zali bongok. haha.

 ni kawan2 teller. hehe


rostam, kak nab, kak jue...
adessss.. rindu sgt lah. btw, diorang baek sgt. thanks all :)


tengok, kan dah terkenang zaman ni. hehe. eh jap, sbenarnye, niat ni nak diet, nak selim melim macam mude2 dule. cewahh. haha. btw, xdenye gemok pun. just feel nak slim2 la kan. sebab nak pakai baju longgar2. konon la. sebab baju yang ada pun muat2. tambah2 skang dah bertudung, macam tak sesuai jer pakai baju2 yang pendek2. walaupun pakai inner tutup lengan semua, rasa macam pelik pulak bila bertudung, bahagian bontot tu tak tutup. me skang lagi selesa pakai baju labuh2, at least tutup bontot. tu yang konon nak slim, untung2 baju sumer longgar2. hehe. t-shirt2 and jersey2 semua pakai jer, dengan syarat longgar and pakai baju inner tutup lengan sampai pergelangan tangan. rasa pelik bila bertudung tapi lengan terdedah. aurat kan. bak kata mama, kalau tutup, tutup betul2. kata ustaz pulak, yang wajib menutup aurat, bukan bertudung. tak guna jugak kalau bertudung, tapi bahagian lain terdedah. jauhkan lah. tu sebab sekarang, rasa sekarang, baju inner lagi byk dari baju biasa. baju terlampau byk, nak simpan jer sayang, inner la penyelamat. tak pun pakai cardigan. so, takde lah berlaku pembaziran. me ni senang, bukan nak pelik2 sangat, jeans and shirt pun ok dah. yerla, dulu jiwe rock, pakai jeans rabak. selesa macam tu. sekarang jeans rabak dah kene tampal. haha. aku jarang sangat nak beli baju, kalau betol2 berkenan jer baru beli. yang paling teruja is beli handbag and kasut jer. ade duit lebih je sure cari handbag and kasut dulu. hehe. mane nak sumbat lagi tah. hehe. 
tapi sekarang ada hobi baru. beli tudung pulak. betol kata orang, kalau dah bertudung, fokus kita kat tudung pulak. hehe. baru2 ni pegi kl beli tudung jerla. shawl, and bawal exclusive tak byk. pilih warna yang berkenan jer. hmm. tudung bawal exclusive tu dari zaman me sekolah sampai lah sekarang, harga tak berubah pun. kalau yang kosong jer pun dah rm30. batu2 sikit dah rm45. memang tak nafikan la kualiti sangat bagus. tudung bawal me zaman kolej dulu pun still ok sampai skang. kira puas hati la. tu je, kalau tak shawl, me pakai tudung bawal. kalau tudung sarung macam pearl haya or ariani tu me tak pakai. rasa macam tak sesuai ngan umur. me kan muda lagi. haha. kalau mama boleh la. hehe. 

hah. ni air diet me. pagi2 mesti nak mnum. honey and lemon. me suke sebab byk vitamin c.
orang kata, vitamin c leh kurangkan seseme. yerla, skang mmg dah jarang flu.




btw, ingat nak cari tudung yang match yang kasut2 ni. last2 lain yang jumpe. ala, skang dah tak kesah pakai kaler tak match. kadang2 rasa macam badut jer bila kaler atas sampai bawah compang camping. kesah pulak kan. haha. 

yang sebenarnye, me nak cakap yang me nak rehat. kan dah melalut macam2. haha. dah2, sebelum hal peribadi yang tak sepatutnye tercerita kat sini, baek berundur dulu. fuuu. sempat jugak duk ngadap menda alah ni. hehe. sebenarnye, sempat sebab malam ni takde bola. hehe


*p/s: kerja kuat selagi mampu, esok2 umur dah masuk 40, leh rehat2 dah buat amal jaga family. sorry to say,   untuk diri sendiri pun tak ada masa, apatah lagi untuk orang lain. Assalamualaikum. 


Wednesday, June 13, 2012

What a Life



KADANG KADANG ORANG YANG TERLAMPAU MENUNJUKKAN KEBAHAGIAANNYA ADALAH ORANG YANG  KECEWA DALAMANNYA





Sunday, June 10, 2012

EURO CUP





magoshhh. EURO CUP dah start ni. mula la aktiviti menonton bola balik. haritu dah stop jap tengok and time tido pun dah normal balik. now dah lari sikit. adoyai. kang abis kul 4.30, kul bape lak tido, pastu kul bape lak bangun. fuuuu. dah tentu liat nak bangun awal. kang rezeki susah nak masuk. pastu mula la keje sumer tergendala. pening macik. hoho. hope semua berjalan lancar aktiviti pasni. dekat 2 minggu dah keje tergendala. last week balik kampung, pastu mama demam, nak pi mana pun takleh. susah hati. pastu duk rumah jadi surirumah. baru tau camne kelam kabut nak masak, basuh baju, jemur kain, kemas umah, bagi kucing makan. selama ni tau merungut jer. haha. pastu nak wat marketing lebih sikit pun macam tak sempat. hope mama cepat sehat and leh wat keje with mama sama2. tapi so far ada jer rezeki masuk walaupun agak slow. alhamdulillah.
apo yang macik membebel nih. dari Euro ke bagi kucing makan. pffffftt -_-!

berbalik kepada Euro and aktiviti menonton bola, sangat cool bila tambah lagi aktiviti yang membolehkan me fokus selain duk pikir benda2 remeh and yang tak sepatotnya. semacam busy duk tweet2. dah macam pengulas dah masing2 kat twitter tuh. tu lah cakap, kat twitter tu dah macam di huni oleh ahli2 meroyan yang nak lepas sumer yang kat dada tu. haha. every sec nak tweet. dah macam sampah dah termasuk me. haha. same mcm kat bbm, fokus sumer kat Euro. bukan sesalu nak dapat musim2 camni. tengok kerenah kawan2 pasal bola ni. leh bawak bertekak masing2. haha. for me, bola once of my fav. macam teruja sangat. dulu tak minat pun. masa abang and adik tengok bola, me macam semak jer. start minat tengok bola sejak lepas sekolah. terikut2 la abang me yang tak abis2 pasal MU die tu. tu yang minat tengok bola. dah minat baru la sibuk tanya2 kat abang pasal player2. kadang2 skang pun still bertanya. kadang2 bila tersalah sebut nama player, bantai la depa duk gelak kat me. noob giler kan. haha

rasa nak pergi beli semua jersey, nak beli Italy and German terutamanya. Portugal me dah reject walaupun CR7 n Nani ade. tapi if rezeki nak wat caner kan. haha. tapi, Euro ni takda pun team yang betol2 yg me give all my soul. so, for euro, i choose team yang menang je. boleh. haha.  sebenarnya, me nak merungut pasal tido lambat and bangun lambat yang mengakibatkan aktiviti agak terjejas. tapi, nak salah sape, sape suruh tengok kan. mama suke cakap camtu. sendiri yang cari masalah. hehe.




my GUARDs



mereka ni lah  tempat mengadu, tempat berborak, tempat bergaduh,
tempat bertumbuk, tempat membuli(padahal di buli),
semua tempat yang tak patot pun mereka. hoho





Tuesday, June 5, 2012

ANA E-DAY

minggu hari tu, balik perak sebab my kezen ana bertunang. tahniah ana.
dia dah selamat bertunang sabtu ritu, 2 Jun 2012. dengan orang ganu gitu. jaoh kemain. hehe
semoga kekal hingga akhir hayat. Amin.....



















*p/s: just wait for my turn ok! hehehe