Tuesday, December 27, 2011

mukabuku


PENDAPAT SAHAJA !!!!

btw, tadi aku ada baca satu entry yang mengatakan Timeline FB tu tak selamat. sebenarnya, bagi aku, takda masalah kot as long as you know how to use your account. apa yang tak selamat? sebab ada rahsia negara ke? rahsia gosip2 mak jemah? rahsia kecurangan zaman dulu kala? ala, paling tak pun, FB tu korang updated status pasal bengang kat orang ni, orang tu, korang kuar date la, korang lapar la menda. bukan 100% hal peribadi kan. lain la if kau letak no ic kau ke, alamat rumah or number fon kau ke. hehe

FB punca gadoh pakwe makwe? pastu salahkan FB? haha. bagi aku, tu tuan punya badan yang buat pasal. terpulang kepada tuan punya badan la. pandai2 la guna :)
nak curang2 pun pandai2 la, nak ngumpat2 pun pandai2 la. sebab banyak mata yang memandang kan. kalau2 agak2 tanak orang baca or tengok ke, jangan gedik2 nak post natang2 tu and nak ada laman sosial ni.

sebelum ni, ada yang merungut tiap kali FB upgrade interface. for me, bagus la sebab zaman sekarang semua benda nak kena upgrade kan. kalau tak nak, apa kata layan Friendster or Tagged ke kan. hehe

Virus or Spam?? merungut sana sini wall kau keluar vt lucah gambar bontot mende tah. aku pun merungut gak weh sebab kuar lucah2 kat wall aku. yang peliknya, ada jugak yang terbengong click menda2 tu. kua kat home, pastu excited nak click sebab macam menarik je lucah2 tu kan? kot2 leh layan kat FB yer tak. adoiyaiii cik adik, jangan lah begitu, nak layan blue pun guna la alternatif lain. haha. dan lagi satu, kalau tengok link pelik2 tu, tak yah la nak click2 sangat. depends kat akai kau tuk menilai menda tu ok!


*p/s: hati2, banyak mata yang memandang -_-!



Wednesday, December 14, 2011

Eya & Zaki



Tahniah kepada sepupu kesayangan saya kerana telah melansungkan pertunangan pada
11.12.11
Nur Fatihah n Muhamad Zaki
semoga hubungan kalian kekal untuk selama-lamanya
Amin......






















(ni la Zaki n Eya. hehehehe)





*p/s: eya, ni jer mampu yg saya buat untuk awak sebab mood saya agak SPOIL. so sad sebab ade ketidak inginan di situ. awak faham kan :)



Tuesday, November 29, 2011

TAHNIAH uolls



btw, congratulation tu akak Farah Husna & Wan.
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
sama cantik, sama padan.
i just sempat snap sikit jer photo.
lepas ni dapat baby comel cepat2 ok.
Amin.....


hantaran dari pihak perempuan
yg lelaki tak sempat snap








wahwahwah



sepadan kan.



salin baju




bawah ni Majlis Pertunangan sepupu aku
Anis & Fendi
semoga berkekalan & cepat2 lah naik pelamin ok
Amin....



tetamu2. belakang tu mini pelamin



ni la Anis



Fendi(tunang Anis) , Anis , Achik, Apis



*tak banyak pic sebab frust flash rosak. otw cari flash baru coz next week my kezen tunang at PERAk! balik kampung la teman -_-!



Sunday, November 27, 2011

HATI



jaja cerita sana sini, indahnya diri.
padahal, empunya diri yang makan hati.
mengaibkan orang sana sini, sama macam menzalimi diri sendiri.
tanyalah hati, bahagiakah diri?
ambillah cermin dan pelihara hati, supaya kelak lebih di hormati.
semua lihat penuh benci. sebab hati tak pernah suci.
dalam diri penuh hasad dengki.
jenguk sana, jenguk sini nak lihat apa terjadi. selagi tak puas hati, selagi tu lah mencari.
kenapa lah wahai hati? sebab penuh iri hati.
tersentuh wahai hati? sebab terasa tidak di hargai?
jangan lah begitu empunya diri, kelak nanti tidak di sayangi.
perbuatan sendiri memakan diri, padahal yang lain bersuka hati.
damailah engkau wahai hati, supaya terasa dunia lebih bererti.
cuba berdiri di kaki sendiri, untuk pertahankan diri sendiri,
jangan engkau caci maki, sebab itu peribadi diri.
satu hari mungkin terjadi, engkau pulak mula di benci.
menangis berhari-hari. merana atas perbuatan sendiri.
hidup mungkin tak lagi bererti.


-_-!


*may have a blessed. Amin.......



Tuesday, November 8, 2011

Fabio, Rafael, Ji Sung



tak tau yang mana satu pemilik nama
mana2 pun boleh je
-_-!





Monday, October 24, 2011

NANI pregnant -_-!



yess! Nani bunting. kadang-kadang aku kesian tengok dia.
macam seksa jer bawak perut. dia dah la kecik. macam budak sekolah preggy pun ada. LoL
dah lah ekor dia dah mati. lumpuh kot. maybe gaduh or jatuh pokok ke apa.
so, tengah tunggu hari jerni. hope baby dia ada kaler oren idaman aku.
bapak dia kaler putih. kucing aku putih yang nama glamer dia Rooney tu yang buat dia bunting. haha.

Pasni baby dia yang keluar aku nak letak nama-nama pemain Man U !
pfffftt -_-!






*p/s: whatever it is, MU kene tibai 6-1 pun, GGMU tetap di hati. phewwww !




Sunday, October 9, 2011

BULAN

Subhanallah. indahnya malam ni bagi aku. 9/10/11
bulan ni sangat cantik
jelas. terang. lingkaran bulat menghiasi
photo ni aku snap betul-betul kat luar rumah malam ni tadi
kualiti kurang memuaskan sebab aku seram nak snap sorang-sorang kat luar rumah tadi
so, aku tangkap muat jerla ok
but the big circle still clear right

setiap kali tengok bulan, aku akan teringat this verse.

" Jauh mana pun kita, kita tetap pandang bulan yang sama "

kalau rindu kat aku, pliss tengok bulan ok! pffftt -_-!







btw, pic bawah ni aku copy dari Mr. Sultan Fernando
tak sabar pulak aku gedik-gedik suruh dia upload
pastu aku copy. tak malu kan. haha
nice kan !
thanks for sharing ya!




p/s: ingat, sesiapa yang rindu aku tu, pliss tengok bulan -_-!


Thursday, September 29, 2011

ORANG KEDAI


hari hari mesti nak pegi kedai. kedai runcit. kedai makan. seaneka kedai kan. hari hari jumpe orang kedai. kedai kecik, kedai besar.

wahai orang kedai, tolong la bermanis muka duduk depan kedai tu. pantang tok nek aku kalau pergi mana mana kedai, supermarket ke, hypermarket ke, kedai makan ke, kalau depa duk buat muka mintak siku. spoil mood jadinya.

paling meluat la kalau pergi kedai makan, orang yang amik order atau pelayan kedai tu muka takda nak senyum or layan tak layan pelanggan ni. bukan nak suruh tolong tarik kerusi bagai ke. apa salahnya sekadar bagi senyuman manis ke sambil bercakap ngan pelanggan. nak pakai kudrat lembu jantan ke kalau senyum ni? tak senyum ok lagi. ade yang tak senyum lepas tu selit selit muka masam taik kucing pulak, lepas tu cakap agak kasar pulak kan. kalau yer pun mood tak elok, jangan la nak show off sangat depan pelanggan. aku yang sebagai pelanggan ni memang benci berdepan ngan orang macam ni kalau pergi kedai makan. silap silap aku angkat kaki and blah dari kedai tu. pastu memang aku tak kuasa dah la nak pergi situ lagi. kan dah hilang pelanggan. rezeki pun susah nak masuk macam tu wahai orang kedai.

sama macam akak2 and abang2 kaunter ni. tolong la senyum. aku selalu sangat jumpa yang muka nak mintak siku ni. muka masam2, wat muka belagak, senyum memang tak la, cakap pun nak tak nak kan. jap lagi aku pulak yang buat muka camtu kat diorang. ape ni, susah sangat ke nak senyum. geram betol aku tengok orang macam ni. lepas tu kalau jumpe yang buat keje hentak hentak and baling baling barang. ade satu kes ni, memang aku geram la. masa tu aku beli barang dapur penuh la satu troli. yerla, aku angkat la barang2 tu semua keluar dari troli. then, dia pun wat la keje die scan2 sumer tu. pastu dah scan main baling2 lak barang tu sumer lam plastik. berdentum dentum. muka pait je. mengamuk amende tah agaknye. wahhh! ni dah lebih. barang2 ni kita beli pun bukan pakai duit dia. agak biadap la kan. mujur la aku ni baik, kalau tak memang aku sumbat kaki jer kat mulut die. (padahal lam hati dah maki hamun dah ni) geram sangat berdepan ngan orang camni.

kepada orang orang kedai, tolong la jaga perilaku anda. muka masam2 nanti orang pun takut nak masuk kedai tu. periuk nasi korang kat situ kan. buat kerja tu ikhlas la sikit. kat situlah rezeki and punca pendapatan korang. barulah rezeki tu diberkati. insyaAllah



contoh akak kaunter. pffftt -_-!




Wednesday, September 28, 2011

T__T




Its hard when i saw he's being skinny, hands none stop shaking, unkempt, wear a grimy shirt, wear a torn pants and being a person that i ever never seen before.

It was hard, sad n truly make me disapointed 

T___T


Sunday, September 18, 2011

GGMU

United 3 - 1 Chelsea. Smalling, Nani and Rooney send the Reds 2 points clear at the top of the Premier League


Location: Sarah Beriani Special, BAHAU

Ahli joyah: Pausi, Hafiz, Adib, Hilman, Ainn

Jam: 11pm-12.25pm

Bukan nak riak, sebenarnya siang tadi aku agak geram dengan fan2 Chelsea ni. Fuhhhh ! bab menganjing MU memang best la diorang.

Sampai aku aku tercakap kat member sorang ni, "jangan riak sangat bro". HAHA.

jahat mulut aku ni kan. hee. yerla, belum ape lagi dah kutuk MU. aku sebagai fan Mu yang tegar for sure la main emosi kan.

Agak sangat berdebar nak tunggu malam. nak sedapkan hati, aku tgk game Liverpool n Spurs dulu.

seronok pulak Liverpool titik 3-0. sebab ramai jugak yang close ngan aku sokong Liverpool. kuikuikui.

Masa 1st half game tu, MU da score 3 ketul tu memang sangat teruja la. Naik 2nd half tu bila Chelsea da score sbijik agak gigil lutut.

kaki aku da goyang goyang da, dada dah sesak sesak dah. fuhhh ! sampai minit 90 pun duk gigil gigil lagi.

huhhh ! habis masa baru leh tarik nafas lega. kemain cemas aku ni kan. hehehe.

wahhhh! MU dah menang baru aku leh riak dan bongkak depan fan Chelsea tu. GERAM weh ! hehe.

korang leh rasa kan. HAHAHA.

cop cop cop ! ada member sorang ajak tengok MU vs Liverpool 15 oktober nanti.

fuhhhh ! cemas jugak lah kan. tengok la camner nanti kan. hehehe.

ok la ! TAHNIAH MANCHESTER UNITED !






aku n pausi jer pakai jersey. agak seram masa pakai. takut kalah :p
semangat kesukanan ok !
(maaf, camera BB mmg macam ni)



*sian tengok abang Rooney tergelincir time penalti tadi :p



Friday, September 16, 2011

MEROYAN



Benci la macam ni. Tak kan la tak paham kan. Tentu tentu la orang melayu. Bahasa yang di guna pakai oleh aku adalah bahasa MELAYU/MALAYSIA. Tapi, ada orang yang masih tak paham apa yang aku cuba sampaikan. Nak kata aku ni selitkan kesusasteraan bahasa tahap A. Samad Said tu memang mustahil sangat.

So, aku klasifikasikan orang yang macam ni orang yang tak paham bahasa. Senang bukan. Maaf. bukan niat aku menyindir atau nak selitkan kata-kata sinis.

Tetapi, ada lagi satu tahap yang level dia lagi tinggi dari tak paham bahasa ni. Aku akan gelarkan sebagai MEROYAN !!!! pfftttt -_-!





Thursday, September 15, 2011

11 September 2011




Firstly, aku nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Nurul Amalina dan suami.
sebenarnya aku tak sangka Ina ni kawin dulu. Actually, Ina ni classmate aku dari aku form 1 sampai 3. Kami memang rapat sangat. Mana mana pun berdua sampai form 3.
Form 4 kami berpisah. Berpisah kelas je pun. Aku masuk kelas Lukisan Kejuruteraan.
Yang Ina lak masuk kelas Biologi. Cita-cita dia nak jadi doktor. Aku sangat la ingat cita-cita dia. hehe. Tapi, akhirnya dia jadi MISI, iaitu Nurse. hehe.
Yerla, memang la tak sangka dia kawin dulu sebab dia paling senyap (tapi ganas)
yang kami yang lain ni zaman sekolah ramai boypren. HAHA.



ni lah pengantin. AMALINA. yang lain lain tu sume sama sekolah. masing masing bujang sebab depa ni duk kejar cita cita. Alhamdulillah....
sama sama membesar kat SMKDM tu.
kurus dia time W day die ni. kami kami pulak yg debab. pffft -_-!




ha. yang paling kanan sekali tu lah AMALINA. aku rasa masa ni form 3 kot. tah la. tak pun form 2. hehe.
lain sangat kan. hehe
dari kiri: nina, wani, aku, ina
antara kami berempat ni, Nina sorang je tak dapat join W day ni.
ade kelas Mandarin katanya :)




Pada hari yang sama, 11 september ni Birthday kak yong. NURUL ZIEYANA.
So, amik kesempatan ni bawak dia makan Steamboat. Padahal dah kenyang makan nasi minyak.
Sekali sekala kan. hehe.
Cop Cop ! padahal yang si PAUSI tu yang menggelenyar nak makan kat Johnny's tu. pffttt !

Eh, lupe pulak. takkan takde kek.
aku n pausi minta diri jap pergi beli kek.

kami beli 1 slice ke. bukan whole ok!
beli slice tapi gedik nak wrote sumthing jugak.
kesian abang bangla tu layan kami -_-!



pelayan bangla: mau makan sini ka mau bungkushhh ?
pausi: bungkushhh!

pffftt -_-!




fish ball



souce



mushroom



HAHA. mesti bengang je abang bangla tu.
1 slice ni pun mau wrote ka. haha
tak tau la dia perli ke apa, dia siap bagi lilin lagi. HAMPEH !



ni la Birthday Girl
sweet 23rd katanya >.<



kamon Ita layan steam


nak tengok cite The Smurfs. malangnya time tu show agak lambat.
kami pun malas nak buang masa menunggu. so, buang masa kat City Park bagi ikan makan.
teringat pulak, zaman muda2 suke pegi situ tengok ikan n bagi ikan makan.
Masa muda muda jerla. Pastu dah duduk area Seremban 2 tu tak pulak aku nak hadap city park tu. lalu pun tak pandang. hehe



WHATEVA kau Pausi !


ni lah Joyah joyah yang suke bising kat wall fb aku !
bab gosip n stalk2 aku memang uolls hebat oke!
pape pun, uolls my BFF ok !

BALIK BALIK !
pfffttt -_-!



good bye MALAYSIA


sedih. mereka meninggal kami dan berjauhan.
KUWAIT memanggil.
nangis ok ! pic ni masa kat KLIA.
yerla, berapa bulan pulak berkepit.
kejap jer rasa. dah kene berpisah balik.
its ok ! kemudahan banyak ! zaman it kan.
budak2 tu pun da pandai drop wall kat aku ajak skype.
how sweet :)





dak ucukk acik ni nangis nangis je malam tu. haish !




mama ade je. hehehe



kakak ngantok tunggu boarding time





around 2 a.m kami pun berpisah jasad !
good bye !


*gambar kurang jelas dan kurang menarik sebab aku tak kuase nak gendong kamera gedabak aku tu pagi pagi alam. pffftt -_-!