Monday, May 20, 2013

VIA FACEBOOK




Semalam godek2 inbox cari msg2 yang tak baca lagi. saje la mengada scroll sampai bawah. pastu terjumpa text from my husband. mesej ape? msg lawak mula2 try ngorat i. hehe. btw, this is the way kiteorang berkenalan. via fb. 3 August 2012. sapa sangka tempoh kenal yang singkat ni dah bawak kami ke tahap ni. syukur Alhamdulillah. Semua urusan kami dpermudahkan. 

ha. 1st msg. ohh. ok. buat taktau la. byk inbox mase tu yg tak baca lagi sebab busy.
tengok2 macam tu jerlaaaa 


tengok. tak balas pun inbox dia. still duk msg. hehe



haaa.. mula2 inbox, pastu mule nak bbm pin plak. mase tu kan hot bbm ni. malas nak layan. 
cakap jer tak pakai bb. senang. padahal pakai jer bb. jual mahal lagi ni. kuikui 


 haaa. time ni malas nak layan sangat. sebab mmg tak berapa suka nak layan inbox2 sgt.
kalau rajin je balas. 8hb msg, i tak reply pun. pastu 10hb tu msg lagi. tah ape mimpi, i pun balas. haha
btw, time ni bulan puase. tu sebab sibuk tanye wat biskut ape. haha


ok. yang ni lawak. 12hb and 14hb i tak balas pun msg dia. pastu 16hb tu dapat msg lawak. haha.
pastu msg tu agak terpaksa balas sebab nak clearkan salah faham tu. haha. tapi lepas ni slalu la balas2 inbox. 
so mula kat fb msg ni jerla. hehe 


time ni dah nak raya. nak balik kampung. last2 dengan tak malunya i plak bagi my bb pin. mase ni duduk bahau lagi. so nak balik raya taiping. pastu lam kete leh la main bbm lam kete kan. hehehe. 
so, start dari ni kami bbm tak putus. 


syukur alhamdulillah. lepas i pindah taiping lepas raya tahun lepas, lepas dua minggu macam tu pindah, baru dia datang rumah jumpa mama and bawak i keluar. 1st time. dating! hehe. mula2 macam nak tak nak. i feeling2 malu. tapi dalam hati nak. nak kenal die. tak lama pastu terus family dia datang merisik masa raya haji, bulan 12 bertunang, and hujung bulan 3 dah nikah. yeay!




Monday, May 13, 2013

BAJU





btw, baju nikah haritu baju beli siap. jalan2 kat penang haritu nak cari baju untuk tunang tapi mase tu ternampak plak baju nikah ni. macam nice and try pastu ngam2 plak. trus amik. hehe. kire lame jugak la baju nikah ni terperam. pastu veil n tudung aku jahit sendiri. ikut selera sendiri la kan. hehe. sakit2 pinggan nak jait manik2 tu. hehe.  baju melayu laki plak my husband tempah sendiri. aku pun tak sempat tgk ape. die bagi gambar jer tunjuk. mase nikah tu baru tengok. nasib match kan. hehe.



 tudung and veil buatan sendiri



untuk majlis tengah haritu plak baju aku dari RUMAH KEBAYA MALAYSIA, Shah Alam.
baju aku sahaja. baju ni aku pegi ngan husband. yang best pasal baju ni, husband aku yang pilih and die suke sangat baju ni. sebelum pegi rumah kebaya tu lagi die dah tunjuk gambar baju ni and suke baju ni. tapiiiii... mase first nak tgk and test baju ni, aku tak muat!!! baju muat tapi kain tak muat!! tak boleh zip pun. nak besarkan baju ni tak boleh dah. adoiiii. tapi nak sangat baju ni sebab dah berkenan sangat. hehe. aku dgn beraninyer, nak jugak baju ni and deposit terus baju ni. haha. tibe mase nak pi fitting neves giler, takut tak muat jugak sebab dah tinggal bape hari jer sbelum majlis kan. syukur alhamdulillah. mase fitting ngam2 elok and just nice. kemain happy aku. hehe. and mase majlis, kain longgar sikit. maknenye?? aku dh kurus sikit la kan. haha. yerla, sbulan sbelum kawin tu dah kelam kabut nak buat macam2. putus slera makan dah. heeee.. baju husband aku plak die punya sndiri. takde sewa ape pun. semua sendiri. senang kan. hehe. tu pun aku tak sempat tengok. mase majlis baru tengok. hehe 


inner and tudung ni aku beli siap kat Semua House. Hasil last minit. hehe





btw kasut beli sendiri. mama sponser. haha. thanks mama!



RAFA BRIDAL TAIPING







Thanks a lot to Rafa Bridal sebab menyempurnakan majlis kami dengan decoration yang simple tapi sangat nice. Thanks Razak (owner) sebab banyak bagi kerjasama and memudahkan semua proses. Btw, sangat mudah bekerjasama dengan razak sebab aku haritu pun jumpe razak and bincang pasal wedding ni pun beberapa kali jer. tak sampai 5 kali macam tu. bincang pun kejap2. aku bagitau ape yang aku nak and semua yang aku nak alhamdulillah dia tunaikan. tak payah nak banyak cakap semua. semua mudah and aku berpuas hati. just baju jer aku tak amik kat rafa. baju aku citer entry pasni ok. hehe.






mini pelamin nikah dalam rumah. aku nak sesimple mungkin. and fresh flower kiri kanan tu suprise dari die. hehe


razak pasang pelamin last minit. malam tu neves giler sebab sebelum tidur pelamin tak siap lagi. so aku tidur pun dgn perasaan susah hati. set jam kul 5pagi, bangun2 terus aku lari turun bawah nak tengok pelamin.
and syukur alhamdulillah. this is what i want. jyeahhhh







Fresh flower. pelamin luar and dalam semua fresh flower. termasuk meja makan semua fresh flower.
tak banyak and tak sarat sebab aku suke semua simple tapi nice.  

pelamin luar. memang dah plan nak simple.  


 meja makan. betul2 depan pelamin.


 hand flower. i love this.


entrance



btw, ramai yang cakap rafa ni agak mahal dari yang lain. for me, mahal sikit takpe as long semua jadi mudah,  and kite dapat ape yang kite nak. lagipun sangat berpuas hati and sangat menyenangkan sebab 90% wedding planner yang siapkan. kite just bagitau ape yang kite nak. senang kan?? hehe