Thursday, February 6, 2014

INDAH KHABAR DARI RUPA



Macam iklan TV tu, iklan MCD, iklan aiskrim, iklan Aurawhite. Ha, iklan MCD beef susun cantik cantik, sayur hijau nyumnyum. Pastu dapat kat kita dari beef sampai ke salad kecut semacam. Iklan Aurawhite lagi best kan, seminggu minum tetiba glowing flawless bagai. End up berbotol bancuh pun still macam tu. Ahaaa. Tu yang sewaktu dengannya la yang indah kabar tu.
Iklan ke, realiti ke, hidup memang la macam tu kan. Macam contohnya mula mula kenal, semua la indah indah belaka. Lepas tu..... naik step seterusnya, meleset semua tu. kalau mula mula tu 100% , boleh down pegi 30%.
Moralnya,do not trust with anything, anybody, dan lain lain. Jangan dengar kata, jangan sekali pandang.
Macam iklan la jugak, orang kata tu marketing, hebah sana hebat, hebah sini hebat, edar flyers, pos catalog, promosi sana, promosi sini nak tarik perhatian and minat orang. Sama macam manusia ni, ada macam macam jenis cara tarik perhatian orang nak bagi kita suka dia kan. sanggup buat macam macam. and kadang2 end up menyakitkan hati. Belakon jer kuat. kan kan.
susah, ni lah realiti hidup yang semua kena lalu, yang kadang2 makan diri. apa boleh buat, yang mampu sabar tu, sabar jerla. jangan kata orang, cuba cek balik diri kita, sama jer macam tu..........


CITA CITA CINTA



Alhamdulillah. Walau terduduk terdiam sekalipun kita, ada yang lebih derita tersungkur lumpur. 
Allahu akbar. Dugaan. Kita merancang dengan cita cita. Allah merancang dengan cinta.
Indah nya hidup kita kan. oh bukan, indah dimata manusia mungkin. Tersenyum lah kita, selebar atau sesempit mana pun senyum yang dilihat orang, tak sama dengan apa yang ditanggung. 
Mengadu semua tak adil, tak cukup, dan semua benda dipersoalkan. Terlebih mungkin seronok yang mana kadang kadang lupa nak bersyukur. Yang fokusnya bila tak ada, tak cukup, tak puas baru lah nak menadah. Manusia kan. Mana kita nak bawa sampai mati tabiat hidup macam ni. Ahhhh. Dipersalahkan 'manusia' kannnnnn. Manusia. Kesian manusia. 
Lagi ditegah, lagi dibuat. Betul kot yang di sebut sebut, 'salah tu yang sedap'
Sampai satu tahap semua akan lalui. Lalui tepat kat batang hidung dan bila terhantuk baru nak tersedar. Bukan kita tak tau yang kadang kadang kita buat tu salah tapi nak jugak kita buat. ahhhh. manusia jugak dipersalahkan. 
Banyak benda yang kita aturkan dalam hidup. Atur dengan bangga dan megah, nak A, nak B, nak C.
Betul...... hidup kena ada perancangan. Yakin ke apa yang kita rancang tu menjadi? siapa kita nak tentukan? oh, betul.... tu hidup kita, kita yang rancang. Sedar tak yang A B C tu datang dari mana? 
Sampai satu tahap tu, kita sampai sanggup persoal, kenapa, kenapa, kenapa??
sedangkan kita tahu apa jawapannya. Kita tahu mana datangnya. Apa yang boleh kita buat? ahhhh. tak payah nak cerita. semua pun tau apa kita kena buat. tapi ada yang ego, sombong dan lupa. padahal buat buat lupa.
Cerita sana sini ini salah itu salah. Ditegur dikata biadap. Semua bermula dengan indah, baik, cantik, pijak semut pun tak mati. cari balik niat tu, betul ke salah. Tengok perlakuan, tengok amalan, sesuai tak dengan habuan yang kita dapat sekarang? semua diatur dengan adil, cuba tengok balik, tengok betul betul, kaji balik. Patut ke tak patut. Tu yang orang cakap, kalau diri sendiri tak seindah mana, jangan harapkan semua yang indah indah.
Harapkan sesuatu yang elok, cantik, tapi kita sendiri tak mampu nak jadi elok. Tu sebab semua benda kita nak persoalkan bila kesedaran diri tu tak ada. 


Wednesday, July 17, 2013

MENJELANG








Syukur Alhamdulillah. Ramadhan tahun ni macam lain macam sikit sebab status kite pun dah lain. hihihi. So feel nak sambut raya pun macam lain sikit. Tak reti nak explain macam mane. Yerla, 24 tahun sambut dengan family tapi tahun ni dah sambut dengan suami. Mesti la syok kan. Sebab taun nih feeling2 pakai baju sedondon sambil snap pic gedik kan. haha. Yang tak dapat dinafikan feel nak sambut raya tak sama macam kecik kecik dulu. makin taun makin hambar. betul la orang cakap, raya ni yang bestnya untuk budak budak kan. Yang bestnya bila dah tua2 ni bila dapat berkumpul 1 family. Tu jer kan. 

Kalau dulu persediaan mama yang sediakan. kalau kuih kuih raya pun mama yang siap order semua. Baju pun kadang kadang mama yang sediakan sebab i tak cerewet lansung pakai baju. kalau dulu kain pasang mama yang pilihkan. kadang kadang mama yang hanta pi tempah. i just pakai jer. tak kisah pun macam mane. baju siap pun macam tu. kalau mama kate cantik, bagi i cantik la. sriusly i tak kisah lansung baju tu macam mane. asalkan muat. kadang kadang baju baju yang taun sebelum2 tu i bedal jer. hehe. tapi taun ni lain sikit. nak kene cari sendiri and tanye hubby ok ker tak. sebab ada mata yang i kena jaga dah. hehe.  tapi disebabkan perangai i yang tak kesah ni, ape2 pun boleh jer. 

Kadang kadang tak faham ada juga yang amalkan sikap berlumba lumba masa sambut raya. Semua benda nak baru. baju tu biasa la kan. yang bestnya nak rumah baru, nak kereta baru. yang tu memang kebanyakan macam tu la kan. pffftt... tapi bagi i, cukuplah dapat kumpul makan ramai ramai and gelak ramai ramai. serba sederhana dah la kan. yang penting jauhkan diri dari ada sifat nak menunjuk and berlumba lumba. sure tak semak dada kan. hehe. 











Wednesday, June 19, 2013

KECIL TAPI BESAR





Fuu, lama sungguh tak memblog and type panjang lebar. Nak buat ayat pun terasa pelik semacam je. Type pastu padam balik. alahai!
ok. Abaikan. Berbalik dengan topik di atas, KECIK TAPI BESAR tu bukan teka teki ok. Just nak kupas isu yang boleh i kaitkan dengan topik tu. FIY, segala yang i story mory kat topik i kali ni, tak perlu apa apa pendapat or pandangan dari sesiapa sebab semua ni just apa yang i rasa. 

Kadang kadang hidup ni, banyak benda yang kita perlu sedapkan hati sendiri. selalu cakap 'ala, takde ape la, benda kecik jer'. betol kan, kita selalu cakap macam tu sebab kita manusia. manusia yang ada hati dan perasaan dan dalam masa yang sama perlu jaga hati and perasaan semua orang. statement sedapkan hati sendiri tu kan. pastu tarik nafas dalam dalam and lepas. cakap dalam hati, 'sabar, tuhan jer tahu'. memangla kadang kadang apa yang kita cakap tu apa yang kita maksudkan. tapi, KADANG KADANG. Kalau benda tu bagi kesan negatif kat kita, mesti air mata macam nak bergenang jer and apa yang kita cakap tu dah jadi tak ikhlas. nak diluah serba salah, tak luah sakit pulak. tu yang semua jadi tak ikhlas tu. apa boleh buat, senyum and senyum. eh. sampai bila boleh senyum kan. satu tahap aku jamin, bukan setakat diluah, kot disembur terus. kita bukan semulia mulia manusia kan. 

'eh, kenapa macam ni? kenapa buat ni? kenapa bla bla bla bla'. sopan je kita jawap soalan soalan macam tu  kan. sopan jer kita senyum nak tunjuk yang kita tak kisah bila ada orang cuba nak sibuk sibuk macam ni. ala, apa ada hal. biasa la orang kan. memang suka macam tu. ala kau, hal kecik jer tu. eh eh eh. sape cakap tu hal kecik. kalau semua benda jadi isu, kumpul kumpul dah boleh buat banglo dah kot. kalau sekali maybe hal kecik la. kalau dah jadi banglo, tu hal makan dalam kak. yerla, walaupun tak tunjuk, walau tak terluah, kalau benda dah tersentuh emosi ni, amik parang tikam dalam dalam pun dah tak terasa apa dah. so lepas tu jadi isu dalam diri la. ikhlas or tak. 

alamak, sentap ke? ha. giler ke ape tak penah sentap. manusia biasa yang kecik lagi lemah kan. sentap tu dah jadi santapan dah. so, isu isu yang kononnya kecik tu sebenarnya sangat terkesan and bagi impak besar lam  diri. macam macam segi. dari segi perbuatan, kata kata, pandangan, dll. so, apa yang mampu di tanggung, tanggung jerla. yang tak mampu, apa jer yang boleh buat kan. nak luah? nak nangis? nak mengadu? bagi aku sangat buang masa. tambah tambah lagi kalau kita tau benda tu takkan ubah apa apa. sentap lah kau sampai bila bila ok!   





Monday, May 20, 2013

VIA FACEBOOK




Semalam godek2 inbox cari msg2 yang tak baca lagi. saje la mengada scroll sampai bawah. pastu terjumpa text from my husband. mesej ape? msg lawak mula2 try ngorat i. hehe. btw, this is the way kiteorang berkenalan. via fb. 3 August 2012. sapa sangka tempoh kenal yang singkat ni dah bawak kami ke tahap ni. syukur Alhamdulillah. Semua urusan kami dpermudahkan. 

ha. 1st msg. ohh. ok. buat taktau la. byk inbox mase tu yg tak baca lagi sebab busy.
tengok2 macam tu jerlaaaa 


tengok. tak balas pun inbox dia. still duk msg. hehe



haaa.. mula2 inbox, pastu mule nak bbm pin plak. mase tu kan hot bbm ni. malas nak layan. 
cakap jer tak pakai bb. senang. padahal pakai jer bb. jual mahal lagi ni. kuikui 


 haaa. time ni malas nak layan sangat. sebab mmg tak berapa suka nak layan inbox2 sgt.
kalau rajin je balas. 8hb msg, i tak reply pun. pastu 10hb tu msg lagi. tah ape mimpi, i pun balas. haha
btw, time ni bulan puase. tu sebab sibuk tanye wat biskut ape. haha


ok. yang ni lawak. 12hb and 14hb i tak balas pun msg dia. pastu 16hb tu dapat msg lawak. haha.
pastu msg tu agak terpaksa balas sebab nak clearkan salah faham tu. haha. tapi lepas ni slalu la balas2 inbox. 
so mula kat fb msg ni jerla. hehe 


time ni dah nak raya. nak balik kampung. last2 dengan tak malunya i plak bagi my bb pin. mase ni duduk bahau lagi. so nak balik raya taiping. pastu lam kete leh la main bbm lam kete kan. hehehe. 
so, start dari ni kami bbm tak putus. 


syukur alhamdulillah. lepas i pindah taiping lepas raya tahun lepas, lepas dua minggu macam tu pindah, baru dia datang rumah jumpa mama and bawak i keluar. 1st time. dating! hehe. mula2 macam nak tak nak. i feeling2 malu. tapi dalam hati nak. nak kenal die. tak lama pastu terus family dia datang merisik masa raya haji, bulan 12 bertunang, and hujung bulan 3 dah nikah. yeay!




Monday, May 13, 2013

BAJU





btw, baju nikah haritu baju beli siap. jalan2 kat penang haritu nak cari baju untuk tunang tapi mase tu ternampak plak baju nikah ni. macam nice and try pastu ngam2 plak. trus amik. hehe. kire lame jugak la baju nikah ni terperam. pastu veil n tudung aku jahit sendiri. ikut selera sendiri la kan. hehe. sakit2 pinggan nak jait manik2 tu. hehe.  baju melayu laki plak my husband tempah sendiri. aku pun tak sempat tgk ape. die bagi gambar jer tunjuk. mase nikah tu baru tengok. nasib match kan. hehe.



 tudung and veil buatan sendiri



untuk majlis tengah haritu plak baju aku dari RUMAH KEBAYA MALAYSIA, Shah Alam.
baju aku sahaja. baju ni aku pegi ngan husband. yang best pasal baju ni, husband aku yang pilih and die suke sangat baju ni. sebelum pegi rumah kebaya tu lagi die dah tunjuk gambar baju ni and suke baju ni. tapiiiii... mase first nak tgk and test baju ni, aku tak muat!!! baju muat tapi kain tak muat!! tak boleh zip pun. nak besarkan baju ni tak boleh dah. adoiiii. tapi nak sangat baju ni sebab dah berkenan sangat. hehe. aku dgn beraninyer, nak jugak baju ni and deposit terus baju ni. haha. tibe mase nak pi fitting neves giler, takut tak muat jugak sebab dah tinggal bape hari jer sbelum majlis kan. syukur alhamdulillah. mase fitting ngam2 elok and just nice. kemain happy aku. hehe. and mase majlis, kain longgar sikit. maknenye?? aku dh kurus sikit la kan. haha. yerla, sbulan sbelum kawin tu dah kelam kabut nak buat macam2. putus slera makan dah. heeee.. baju husband aku plak die punya sndiri. takde sewa ape pun. semua sendiri. senang kan. hehe. tu pun aku tak sempat tengok. mase majlis baru tengok. hehe 


inner and tudung ni aku beli siap kat Semua House. Hasil last minit. hehe





btw kasut beli sendiri. mama sponser. haha. thanks mama!



RAFA BRIDAL TAIPING







Thanks a lot to Rafa Bridal sebab menyempurnakan majlis kami dengan decoration yang simple tapi sangat nice. Thanks Razak (owner) sebab banyak bagi kerjasama and memudahkan semua proses. Btw, sangat mudah bekerjasama dengan razak sebab aku haritu pun jumpe razak and bincang pasal wedding ni pun beberapa kali jer. tak sampai 5 kali macam tu. bincang pun kejap2. aku bagitau ape yang aku nak and semua yang aku nak alhamdulillah dia tunaikan. tak payah nak banyak cakap semua. semua mudah and aku berpuas hati. just baju jer aku tak amik kat rafa. baju aku citer entry pasni ok. hehe.






mini pelamin nikah dalam rumah. aku nak sesimple mungkin. and fresh flower kiri kanan tu suprise dari die. hehe


razak pasang pelamin last minit. malam tu neves giler sebab sebelum tidur pelamin tak siap lagi. so aku tidur pun dgn perasaan susah hati. set jam kul 5pagi, bangun2 terus aku lari turun bawah nak tengok pelamin.
and syukur alhamdulillah. this is what i want. jyeahhhh







Fresh flower. pelamin luar and dalam semua fresh flower. termasuk meja makan semua fresh flower.
tak banyak and tak sarat sebab aku suke semua simple tapi nice.  

pelamin luar. memang dah plan nak simple.  


 meja makan. betul2 depan pelamin.


 hand flower. i love this.


entrance



btw, ramai yang cakap rafa ni agak mahal dari yang lain. for me, mahal sikit takpe as long semua jadi mudah,  and kite dapat ape yang kite nak. lagipun sangat berpuas hati and sangat menyenangkan sebab 90% wedding planner yang siapkan. kite just bagitau ape yang kite nak. senang kan?? hehe