Tuesday, March 27, 2012

TAK SUKA PAKAI


BENDA YANG AKU TAK SUKA PAKAI DAN TAK PAKAI


EMAS : walaupun berharga mana pun emas kuning tu, sebesar or sekecil mana pun, emas kuning la yang memang aku tak kan pakai. tah la, dulu kecik2 memang pakai la sebab tak tau apa2, taste pun macam tak ada lagi kan. ikut selera mama jer. dah naik sekolah rendah sampai sekarang, memang aku paling tak suka emas. sebab warna tak menarik and bila aku pakai, aku akan rasa diri aku ni macam mak2 and makcik2 yang dah tua. takda seri. macam mami jarum lumba2 tunjuk gelang emas. hehe. di sebabkan aku tak pakai emas, so mama and orang yang aku kenali selalu bagi emas putih sahaja. baru aku pakai sebab takda la nampak macam mak2 sangat. macam zaman sekolah dulu pun silver sumer tu takleh pakai sebab kulit sensitif. nanti gatal2.





AKSESORI: ni bukan tak pakai, tapi tak suka. memang rimas. mama selalu bebel2 kenapa aku ni tak pakai aksesori mcm subang, cincin, gelang. mama cakap kalau pakai baru la nampak perempuan sikit. haha. konon la kan. bukan apa, rimas la benda lekat2 kat kulit ni. bila peluh2 pun rimas je rasa. macam tak bersih. tapi ada jugak pakai. selalunya mama la yang belikan sebab nak tengok anak dia pakai. aku nak beli memang jarang la. kalau mama dah beli tu memang aku terpaksa pakai la. takut mama sedih. thanks mama :)


SANDAL: fewww. sandal pun sama. sebenarnya bukan tak suka pakai, btw, memang aku tak pakai pun. tah la, tak pernah pun nak feeling2 pakai sandal bunga2, riben2, manik2 sumer tu. kalau masuk Vincci pun, orang lain sibuk jer tgk sandal warna warni bunga2 manik sumer. kalau aku nak beli pun, aku beli flat shoes comel2 jer. yang peliknya, heels, wedges sumer aku pakai pulak. just fancy sandal jer memang tak pakai. selalu kawan2 keluar harian pakai sandal sumer, kalau aku pakai selipar cabuk nike or crocs tu jer. bagi aku selesa an free.



SKIRT: tak suka sebab macam geli2 jer. hahaha. tak selesa untuk gadis2 lasak macam aku ni nak pakai skirt, jalan2 macam nak terbang jer rasa. hehe. prefer to pakai jeans untuk bergerak. dah tentu selesa and lebih selamat :)




MINI HANDBAG: mini ni kecik lah kan. selalunye, kalau keluar mana2 pun, memang tak pakai handbag kecik2 ni. susah nak sumbat barang. rasa macam tak selesa. tu kalau keluar, aku mesti bawak handbag yang agak besar sebab senang nak sumbat macam2. yerla, purse pun dah besar mana pulak. lagipun bila handag kecik2 ni rasa macam tak confident jer nak gendong. macam pelik pun ade. hehe
LIPSTIK: haha, lipstik pink merah memang aku tak pakai lansung. biarlah pergi function mane pun, aku just pakai lips ice jer sebab selalunya lip ice ni bila pakai dia akan jadi pink2 sikit. memadai la kot. just tak nak nampak bibir tu kering and pucat2.




*P/S: maybe ni taste aku masa muda2. sok dah berumur sikit aku berubah selera and tringin pakai ke, mana lah tau kan. hehehe




No comments:

Post a Comment