Sunday, June 10, 2012

EURO CUP





magoshhh. EURO CUP dah start ni. mula la aktiviti menonton bola balik. haritu dah stop jap tengok and time tido pun dah normal balik. now dah lari sikit. adoyai. kang abis kul 4.30, kul bape lak tido, pastu kul bape lak bangun. fuuuu. dah tentu liat nak bangun awal. kang rezeki susah nak masuk. pastu mula la keje sumer tergendala. pening macik. hoho. hope semua berjalan lancar aktiviti pasni. dekat 2 minggu dah keje tergendala. last week balik kampung, pastu mama demam, nak pi mana pun takleh. susah hati. pastu duk rumah jadi surirumah. baru tau camne kelam kabut nak masak, basuh baju, jemur kain, kemas umah, bagi kucing makan. selama ni tau merungut jer. haha. pastu nak wat marketing lebih sikit pun macam tak sempat. hope mama cepat sehat and leh wat keje with mama sama2. tapi so far ada jer rezeki masuk walaupun agak slow. alhamdulillah.
apo yang macik membebel nih. dari Euro ke bagi kucing makan. pffffftt -_-!

berbalik kepada Euro and aktiviti menonton bola, sangat cool bila tambah lagi aktiviti yang membolehkan me fokus selain duk pikir benda2 remeh and yang tak sepatotnya. semacam busy duk tweet2. dah macam pengulas dah masing2 kat twitter tuh. tu lah cakap, kat twitter tu dah macam di huni oleh ahli2 meroyan yang nak lepas sumer yang kat dada tu. haha. every sec nak tweet. dah macam sampah dah termasuk me. haha. same mcm kat bbm, fokus sumer kat Euro. bukan sesalu nak dapat musim2 camni. tengok kerenah kawan2 pasal bola ni. leh bawak bertekak masing2. haha. for me, bola once of my fav. macam teruja sangat. dulu tak minat pun. masa abang and adik tengok bola, me macam semak jer. start minat tengok bola sejak lepas sekolah. terikut2 la abang me yang tak abis2 pasal MU die tu. tu yang minat tengok bola. dah minat baru la sibuk tanya2 kat abang pasal player2. kadang2 skang pun still bertanya. kadang2 bila tersalah sebut nama player, bantai la depa duk gelak kat me. noob giler kan. haha

rasa nak pergi beli semua jersey, nak beli Italy and German terutamanya. Portugal me dah reject walaupun CR7 n Nani ade. tapi if rezeki nak wat caner kan. haha. tapi, Euro ni takda pun team yang betol2 yg me give all my soul. so, for euro, i choose team yang menang je. boleh. haha.  sebenarnya, me nak merungut pasal tido lambat and bangun lambat yang mengakibatkan aktiviti agak terjejas. tapi, nak salah sape, sape suruh tengok kan. mama suke cakap camtu. sendiri yang cari masalah. hehe.




1 comment:

Post a Comment