Thursday, August 11, 2011

say NO to BAZAR RAMADHAN



By the way, bulan puasa ni sinonim dengan bazar ramadhan. Citer pasal bazar ni, al-maklum la kan, yang utamanya tu MAKANAN.

Makanan? aku lemah dengan makanan. Sebab aku ni suka makan. If jalan-jalan ke, yang utamanya mesti nak cari port makan yang terbaik kan. Melainkan aku dalam mood diet. aku sangat berdisiplin bila berdiet. cewahhh ! Rugi la sesapa yang bukan pemakan. haha

Tetapi, bulan puasa ni aku betul berniat tak nak terjebak dengan dunia bazar ramadhan ni. Actually, baru sekali jerla aku pergi bazar sepanjang puasa ni. Tu pun sebab teringin pulak nak makan ayam golek. Memang pegi semata-mata beli ayam golek jerla. tak pandang kiri kanan dah. hehe.

Sebenarnya, yang duk beli macam-macam seaneka benda tu nafsu jer tu. Tengok ni satgi nak, pastu tengok tu satgi nak jugak, if ada 20 jenis, 20 jenis tu jugak la nak. Tu nafsu sebenarnya. yerla, da tentu time kita beli tu time meleleh-leleh air liur, geram-geram jer tengok macam nak ngap je masa tu. haha.

Lepas bebuka puasa? ha, kat sini baru kita tersedar yang kita da buat satu kesalahan. PEMBAZIRAN. sangat membazir okey ! ha, uolls jangan tipu if uolls kata uolls makan sumer yang uolls beli tu sampai habis. hehe. ok, masa berbuka makan kurma, minum soya suam n duduk jap tengok kuih-kuih yang dibeli and lauk pauk seaneka benda yang mama masak.

pandang kiri kanan. temenung ambik masa pikir.

"mana satu aku nak makan dulu ? haishhhh...."

al-kisahnya, kalau tak makan apa yang mama masak jap g mama sedih. kang if tak makan kuih muih yang dah beli rasa bersalah padahal tadi tergedik-gedik nak itu ini. Akibatnya kena makan semua. lastly makannya sikit jer. kadang-kadang apa yang kita beli tu bukan la sedap mana, just nafsu semata-mata masa membeli tu jer buat kita nampak mende tu menarik and sedap. pastu, yang mende alah kita beli masa kat bazar tu tersadai la sampai sahur kang. dah tiba masa let go lam tong sampah. sayu je tengok kan. hehe. dah tentu puasa-puasa macam ni makan sikit kenyang dia laen macam. bila dah makan banyak, menyandar and mengular macam panda pastu terjadi kemalasan dan mula kemengantukan. HAH ! i hate that feeling. kang mata stim dah tak boleh buat pape. paham-paham sudey. hehe

tu sebab la banyak kes bulan puasa ni ramai yang naek berat badan. bukan menurun. tu yang sebenarnya aku nak elakkan sebab aku takut and fobia pada kegemukan. aku akan mengamuk laen macam pada diri sendiri bila seluar yang aku pakai mula ketat and baju yang aku pakai rasa kecik dan mula nampak sembul-sembul lemak aku. benci !!!!!! masa tu aku akan salahkan diri sendiri dan akan berlaku kemurungan and marah-marah. HAHA. better aku elakkan dari terjadi tetapi sesekali menda ni terjadi jugak kat aku. al-maklum, aku hanya manusia biasa. hahaha

*nasihat untuk diri sendiri : JANGAN PERGI BAZAR RAMADHAN


1 comment:

Nurasyikin said...

nice blog ain..hehe

Post a Comment